Wednesday, March 9, 2011

Kritik Filem

Kritik filem.  Filem apa yang penulis nak kritik?  Banyak filem sebenarnya terutama filem buatan Malaysia, atau lebih tepat lagi filem Melayu.  Tak kiralah sama ada penerbitnya Melayu, Cina, India, Punjabi atau bangsa-bangsa lain, yang penting filem itu berbahasa Melayu (90%).  Kitakan Satu Malaysia.

Tujuan kritik bukan menghentam, cuma sebagai teguran dan penambahbaikan kepada penerbit, termasuklah pengarah itu sendiri.  Penulis mengkritik kerana penulis merasakan sudah sampai masanya filem kita dikritik setelah sering dipuji hingga melambung.

Kita bangga kalau kita mempunyai jalan cerita yang baik atau teknologi pembuatan yang baik.  Tapi kalau setakat mampu ditayang di Malaysia sahaja, tiada maknanya.

Apa agaknya reaksi pembuat filem agaknya apabila membaca tulisan penulis ini?  Marah, berang, tak setuju atau berterima kasih kerana ada pengkritik yang jujur.  Terserah.

Di sebuah kedai buku popular, tercatat satu ayat, "penulisan adalah pemikiran seseorang yang lahir dalam bentuk tulisan"

Buku dan buku lagi

Tun Dr.Mahathir baru melancarkan sebuah buku, A Doctor In The House.  Menurut Tun, mungkin ada kontroversi akan muncul.

Mungkin juga, dan tak mustahil.  Lagikan Interlok mengundang kontroversi, inikan pula A Doctor In The House.

Cuma penulis sedikit hairan, mengapa mereka yang menimbulkan isu ini tidak membaca dan memahami keseluruhan isi sesebuah penulisan.  Sebaliknya mengambil secebis sahaja isinya yang diangap 'sensitif' dan mencanangkannya ke seluruh negara, malah ke seluruh dunia. Mujur juga belum ada saudara mara kita yang tinggal di Marikh :)

Adakah faktor taraf pendidikan pembaca atau apa sebenarnya.

Tak kiralah, penulis dalam proses untuk membaca penulisan Tun.  Cuma mungkin perlu dicatat tagline, "siapa makan lada, dia rasa pedas".

Selama membaca.

Monday, March 7, 2011

Antara Biru & Biru Muda

Keliru barangkali.  Mana nak pilih, biru atau biru muda.  Biru memberi gambaran tulus, manakala biru muda itu melembutkan.

Tidak kisahlah apa warnanya kerana ia hanya warna.  Tapi jika direnung, di bawah biru itu ada merah, ada putih, ada kuning dan apabila berjuang, hanya biru putih menjadi pelambangan.

Bagaimana pula biru muda yang bukan sahaja biru muda, malahan ada hijau, putih, merah dan macam-macam lagi.  Tapi apabila berjuang, masing-masing ada pelambangan sendiri.  Di mana penyatuanya?

Janganlah kerana nila setitik, rosak susu dua belanga.  Ingatlah, ramai yang menangguk di air keruh.

Wednesday, January 19, 2011

Pertama kali blogging

Ini adalah kali pertama saya menulis blog.  Langkah diambil kerana memikirkan bahawa idea-idea dan pandangan yang terperap dalam benak fikiran perlu ruang untuk keluar.

Banyak isu-isu semasa yang perlu dan boleh dibincang secara virtual/maya.

Blog tulisan saya ini hanyalah berdasarkan pendapat dan pandangan peribadi.  Mungkin nanti akan ada yang tidak suka, tidak setuju, suka dan setuju dan macam-macam lagi.  Masing-masing punya hak untuk menilai.

Selama membaca.