Kritik filem. Filem apa yang penulis nak kritik? Banyak filem sebenarnya terutama filem buatan Malaysia, atau lebih tepat lagi filem Melayu. Tak kiralah sama ada penerbitnya Melayu, Cina, India, Punjabi atau bangsa-bangsa lain, yang penting filem itu berbahasa Melayu (90%). Kitakan Satu Malaysia.
Tujuan kritik bukan menghentam, cuma sebagai teguran dan penambahbaikan kepada penerbit, termasuklah pengarah itu sendiri. Penulis mengkritik kerana penulis merasakan sudah sampai masanya filem kita dikritik setelah sering dipuji hingga melambung.
Kita bangga kalau kita mempunyai jalan cerita yang baik atau teknologi pembuatan yang baik. Tapi kalau setakat mampu ditayang di Malaysia sahaja, tiada maknanya.
Apa agaknya reaksi pembuat filem agaknya apabila membaca tulisan penulis ini? Marah, berang, tak setuju atau berterima kasih kerana ada pengkritik yang jujur. Terserah.
Di sebuah kedai buku popular, tercatat satu ayat, "penulisan adalah pemikiran seseorang yang lahir dalam bentuk tulisan"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment